Rabu, 17 September 2014

ISTANBUL BERCERITA..JOMM..

Pagi yang sangat ceria, tidak seperti sebelum ini, cuaca panas menyelubungi pagi di Istanbul. Kami menunggu kepulangan Faiz Ali dari Gebze, Alhamdulillah dia sampai di madrasah jam 10.00 pagi. Sebelum ke   Domabache kami dibawa  melawat ke Makam pembebas kota Konstantine iaitu Sultan Fatih.Menurut Faiz Ali, di makam tersebut terdapat banyak kucing-kucing yang berkeliaran. Sebelum kami masuk ke Makam Sultan Fatih, Faiz Ali menceritakan kepada kami bagaimana strategi pembebasan yang dilakukan oleh Sultan Fatih. Bayangkan beliau yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah pun berjaya membebaskan kota Konstantine dan merealisasikan hadis nabi s.a.w.
 Kucing di sekitar Makam Sultan Fatih

 Makam Sultan Fatih

 Kami kemudiannya melawat ke beberapa tempat di mana saudara Faiz Ali menuntut Ilmu, seronok perasaan aku sehinggakan aku bercita-cita untuk belajar di Istanbul. Di antaranya tempat dia belajar bahasa Turki dahulu. Cuaca pada hari ini sangat panas, dan teh menjadi pengubat dahaga. Selepas minum teh, kami pun bergerak ke Dolmabahçe yang terletak berhampiran dengan stesen terakhir tram iaitu di Kabatash, dan juga Masjid Dolmabahçe merentasi Golden Horn. Kami solat di MasjidDolmabahçe sebelum ke Istana tersebut. Selesai solat kami menuju ke Istana tersebut yang tidak jauh dari masjid. Harga masuk ialah 1 Lira jika anda menunjukkan kad pelajar dan 20 Lira jika tanpa kad pelajar. Akashah terlupa bawa kad pelajar dan Faiz pula hilang kad pelajar bersama dompet, jadi aku bagi cadangan untuk tunjukkan visa Pelajar UK, sebabnya ada tertera perkataan (Student), jadi dapatlah masuk dengan harga 1 Lira.

 Istana Dolmabahce

 Pintu pagar di sebelah kiri pintu masuk ke Istana Dolmabahçe
Istana ini dibina pada tahun 1843 dan mengambil masa 13 tahun untuk siap. Istana ini menekankan konsep simetri. Semasa aku berada di dalamnya di ruangan tengah, aku dapat lihat susunan perabot kiri dan kana adalah sama. Sebelum Istana Dolmabahçe dibina sultan dan keluarga sultan tinggal di Istana Topkapı yang binaannya tidaklah semewah Istana Dolmabahçe.
 
 Menara Jam Istana Dolmabahçe
 
Pintu masuk utama ke Istana Dolmabahçe dikawal oleh tentera
 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Istana Dolmabahçe, terserlah keindahannya,memang sangat Indah dan sangat mewah istana yang dibina atas arahan Sultan Abdul Majid ini. Di dalam Istana ini terdapat permaidani buatan Turki yang sangat mahal sehinggakan kalau dijual boleh buat 3 buah rumah Banglow. Selain itu terdapat Chandelier yang terbesar ketika itu dengan berat 4.5 tan, memerlukan masa selama satu bulan untuk diselenggara. Lampu Chandalier terbesar itu dibiarkan tertutup untuk mengelakkan kerosakkan mentol, dan jika mentol atau wayar pada Chandalier tersebut rosak ia akan memakan masa yang lama untuk diperbaiki, memang besar. Lampunya hanya dibuka jika ada lawatan orang-orang kenamaan sahaja. Chandalier tersebut bukanya semata-mata digantung pada syiling kubah, tetapi ianya memerlukan tiang untuk menampung berat chandalier tersebut.
 
 Mewah. Chandalier yang terbesar pada ketika itu seberat 4.5 tan. 
 
 Istana ini terlalu mewah sehinggakan cermin dibingkaikan dengan emas permata, tiang-tiang tangga diperbuat daripada kristal, namun tidak menampakkan ciri-ciri binaan Islam kerana terdapat hiasan patung-patung binatang dan lukisan manusia. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, beliau tidak sanggup untuk tinggal di Istana Dolmabahçe, kerana baginda tidak suka akan kemewahan. Tetapi selepas kejatuhan Khalifah Islam, Istana Dolmabahce menjadi kediaman Mustafa Kamal Ataturk, dan lif yang dibina di dalam istana tersebut adalah untuk kengunaannya ketika dia sakit.
 
 Hagia Sophia

Masjid Hagia Sophia kini menjadi muzium
Setelah berehat hampir 4 jam, kami bersiap-siap untuk ke Hagia Sophia serta tempat-tempat lain yang mungkin sempat kami lawati. Dari jauh aku dapat melihat Hagia Sophia, yang sebelum ini aku dengar kisahnya dari rakan-rakan yang pernah melawat Istanbul, namun kini langkah demi langkah aku menghampirinya. Aku terfikir bagaimana keadaan di dalam sebuah bangunan bersejarah itu. Hagia Sophia merupakan simbol keagungan Empayar Byzantine semasa Istanbul dikenali sebagai Kontantinople dahulu.
 
 Tinggalan semasa Hagia Sofia belum menjadi masjid dapat dilihat.
 
  Tinggalan lama sebelum Hagia Sofia menjadi masjid
 
Mihrab masjid yang dibina selepas kedatangan Islam di Constantine
Aku dan rakan-rakan melangkah masuk ke dalam Hagia Sophia, di dalamnya tersimpan 1001 kisah agung yang menggamit memori aku, aku teringat akan kisah semasa solat jumaat pertama didirikan di sini. Sultan Fatih merupakan penggerak utama untuk menawan kota Constantine dan akhirnya diizinkan Allah s.w.t, bagindalah merupakan orang yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis, yang bermaksud:
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” 
 
 Hadis nabi yang mashur terpahat di tiang Masjid Hagia Sophia 

Aku juga teringatkan kisah Ibn Batutta yang pada ketika itu cuba memasuki kota Constantine, Ibnu Batutta bercerita ” Penduduk kota ini membunyikan loceng gereja dengan begitu kuat hingga seluruh cerok rantau bergegar, ketika sampai di pintu pertama istana raja, kami mendapati 100 orang lelaki berada di situ, seorang pemimpin yang berada di atas sebuah pelantar ada bersama-sama dengan mereka, aku mendengar mereka berkata, “Sarikunu! Sarikunu!” yang bermaksud orang Islam, mereka melarang kami daripada masuk”.
Melihat akan keindahan Hagia Sophia, perasaan aku bercampur suka mengenangkan kisah gemilangnya ketika Sultan Fatih memasuki kota ini dan perasaan sedih menyedarkan aku bahawa Hagia Sophia yang sekarang ini aku berpijak hanya sebuah Muzium.
“Oh Hagia Sophia, Indahmu dengan Islam” 
Selamat Tinggal Hagia Sofia
Aku meninggalkan Hagia Sophia dengan harapan Islam kembali gemilang seperti kata-kata sahabat aku yang aku temui sebelum ini, amin. Kami kemudiannya bergerak menuju ke Masjid Sulaiman atau dikenali sebagai Blue Mosque. 

Masjid Biru berhadapan dengan Hagia Sofia 

Tenang. Beginilah keadaan di dalam Masjid Biru
 
Besar. Salah satu dari tiang utama masjid.
 
Seorang lelaki sedang berdoa di dalam Masjid Biru
 
SUBHANALLAH!!!!!!!!!!!!!! indah ya ciptaan allah di bumi TURKI ini..terlalu indah sangat..boleh dijadikan destinasi bulan madu ataupun percutian untuk keluarga tercinta..

Tempat2 menarik yang harus dilawati di Langkawi......jom..kita terokai...

PANTAI CENANG

Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.

 Pekan Kuah

Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam.



 Pulau Dayang Bunting (Langkawi Geopark)


Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata., Pakej island hoping (link)

 Mangrove Tour Sungai Kilim(Langkawi Geopark)

Berusia 550 tahun..

Pulau payar Marine Park




kota mahsuri (makam mahsuri)

Lagenda Langkawi sejak 7 keturunan. Lagenda mengisahkan mahsuri seorang perempuan melayu yang difitnah dan dibunuh di khalayak ramai kerana bersekedudukan. Sebelum dibunuh beliau bersumpah agar langkawi kering kontang tiada hasil selama 7 keturunan. Waris mahsuri tinggal di phuket telah berkahwin dan mempunyai zuriat.

 Oriental Village dan Cable Car (Panorama Langkawi)





Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang Langkawi

Jumaat, 12 September 2014

hrmmmmm.....aik...cameron highland????????????

semua orang tentu tahu, cameron highland adalah tempat yang paling sejuk..juga dikenali tempat yang kaya dengan tanaman teh..dan sebagainya..sis bagi cadangan la..kalau mahukan ketenangan mai la ke ceameron ni..memang akan tenang...









jom jelajah thailand.....

okey.. sis nak share tempat yang menarik di thailand ialah pulau krabi..fuhhh.. tempat yang begitu indah dengan pemandangan yang sangat menarik dan mempersonakan.. dengan kesibukkan menyiapkan majlis anda yang sudah pun selesai itu.. boleh pergi ke pulau krabi untuk menikmati ketenangan dan keindahan alam ciptaan tuhan bersama pasangan anda.. jom lihat apa yang menarik ada di pulau krabi ini ya???? hrmmmmm....












kasut

tidak lengkap kiranya kalau sis asyik update pasal baju..pelamin..dll.. tetapi benda paling penting tidak di beritahu..kasut adalah benda yang penting juga untuk pengantin..jika berminat dengan kasut2 yang sis tunjuk ini sila datang ke butik sis..